Saturday, March 12, 2011

intro:)



Aku mulakan madah ini dengan kalimah agung yang sentiasa menjadi sebutan , menjadi ingatan, mejadi simbol ketakwaan dengan tujuan untuk meninggikan  rasa cinta dengan segala pujian hanya untuk yang bergelar yang maha Esa....

Gambar seorang tua itu menyedarkan aku tentang perjalanan ku ini yang masih muda , mentah dan bila-bila masa sahaja bakal melakukan kesilapan akibat mengikut kata hati.  Syaitan masih berusaha untuk menyesatkan, apatah lagi diri ku yang masih bergelar darah muda. Orang tua pernah berpesan kepada kita  "ikut hati mati,ikut rasa binasa" . begitulah perumpamaan yang menjadi simbol kebijaksanaan orang-orang tua kita. Di dalam dirinya tersimpan ranjau kehidupan yang pernah dilaluinya. Apabila di kenang ia menjadi sesuatu yang sangat indah sehingga tidak dapat di gambarkan, dan apabila dikenang dari sudut lain pula ia menjadi sesuatu yang pahit sehingga sangat susah untuk di telan.
Jika dia mampu putarkan semula masa,tentu sahaja ia akan memutarkan bagi membetulkan segala kesilapan nya yang lampau. Cuma terkadang kita lupa, kita bukanlah maksum . Kita cuma insan biasa, yang senantiasa di uji bagi melihat 
sejauh mana kekuatan iman di dalam diri kita...jadi ketahuilah bahawa Allah tidak akn menguji hambanya lebih dari kemampuannya..terpulanglah sejauh mana iman kita untuk menerimanya dengan redho dan ikhlas..





Begitulah jua perjalan hidup aku yang masih muda dan mentah yang masih asyik dengan kesoronokkan dunia , tetapi pada masa yang sama aku dah di berikan tanggungjawab yang sangat manis apabila melalui nya...yang sangat barakah untuk melaksanakannya...yang sangat mencabar untuk menghadapinaya..... kemanisan yang sebenar, hanya lah pada Islam..




Aku ingin merungkai apa yg tergambar di wajah, apa yang tersirat oleh tingkah laku...dan apa yang terbuku di hati melalui mata hatiku kedalam blog ini.....Insya'Allah....